Aku tak tau macam mana nak mulakan entri ni. Aku tak tau bagaimana aku nak ungkapkan ni. Aku tak tau.Entri ni khas untuk kawan-kawan aku. Huh. Diaorang semua tidak layak digelar sebagai kawan, tetapi mereka hanya layak digelar sahabat. Sahabat aku yang paling best!
Aku tak tau. Mungkin, ini adalah kali terakhir aku akan rapat dengan dengan diaorang. Atau mungkin, kali ini persahabatan kami akan jadi lagi kukuh. Aku tak tau. Semuanya bergantung pada masa yang akan mencorakkan hidup kami.
Dulu, masa aku sekolah rendah. Aku ada kawan. Tapi kawan itu hanyalah kawan. Aku pernah sama-sama janji pada mereka, jangan lupa sama lain. Tapi itu sekadar janji kosong. Kami kini membuat haluan sendiri. Entah bagaimana mereka sekarang, aku tak tau.
Harapan aku, persahabatan yang aku ada sekarang tidak akan lupus. Malah akan bertambah kuat.
Kadang-kadang, aku terfikir kenapa aku boleh jadi rapat sangat dengan diaorang masa cuti ni. Sebab kalau aku buat hal sendiri, tidak mungkin aku akan rasa kehilangan begini. Masih aku ingat, ketika itu, pada bulan 2 kalau tak silap, zetty telah mengajak aku join perjumpaan saja-saja. Lepas tu, secara tak sengaja kami boleh melencong ke tempat lain iaitu tak lain tak bukan kem lambaian danau untuk bermain kayak! Hahaha.
Lepas tu, persahabatan kami menjadi sangat kukuh. Hari-hari aku yang bosan telah dipenuhi bersama diaorang. Macam-macam kitaorang buat. Paling ketara, sudah tentu sesi chat. Bermacam-macam yang kami chatkan.
Antaranya, sesi lakonan. Pelbagai watak kami lakonkan. Ada kak roz, uncle muthu, ketupat, panadol, lampu suluh, nek timah, tok sakawi, nek senah dan lain-lain. Kemudian, ada juga sesi teka lirik. Peserta yang paling bertalented sudah tentulah Syafiq! Hahaha.
Selain chat, kitaorang juga pergi bercamping bersama! Macam-macam yang kitaorang buat. Antaranya, berkayak! Habis semua aku train sampai diaorang pun dah pandai berkayak. Hahaha. Tapi aku adalah bad trainer. Sebab aku sendiri jatuh kayak. Ceh! Hahaha.
Lepas tu, main game kad. Hahahaha. Aku main cipta je satu game tu. Tapi game tu best gile. Sumpah best. Yang tak bestnya, aku tak pernah menang! Ceh. Asyik-asyik, dak Amar je yang menang. Tension!
Malamnya pulak, kitaorang semua lepak kat jeti atas air tasik. Sambil lepak tu, kitaorang gak memancing. Dengan desiran angin yang sejuk, ditambah pulak dengan panorama yang best tak hengat, sampai ada mamat tu tertido atas jeti! Hahaha. Sambil lepas atas jeti tu, kitaorang pun berbual, bual, bual dan bual. Sambil bual, kitaorang jugak makan meggi! Hahahaha. Sedar-sedar tak sedar dah sampai pukul 2.30 pagi kitaorang bercakap. Masa tu rasa dah lambant sangat. Tak sangka. Tapi sekarang ni bila pikir balik, rasa macam nak cakap sampai malam habis. huh!
Selain tu, yang takkan dilupakan adalah aktiviti berkonvoi ramai-ramai ke Mahkota Parade untuk aktiviti yang lain tak bukan, Bowling! Hahaha. Semua baik gila share duit nak main bowling punya pasal. Yang menang, sudah tentulah aku ngan huda ngan buzz ngan zetty je. Yang lain? Hehehe... Oh lupa, ucapan tahniah jugak buat Syafiq kerana menjadi juara longkang. Keh keh keh...
Selain itu, tengok jugak movie my bloody valentine. Cerita ni sumpah saspen gila. To be honest, aku pun menjerit. Hahahaha. Syafiq pun sampai tercampak popcorn takut punya pasal. Hahahaha. Apa kes ni weyh? Hilang macho aku. LOL.
Lepas tu main game. Game yang akan ditujui, sudah tentu game amek patung. Ceh. gila addicted la. Sebab apa. Sebab ada 3 dari kitaorang yang berjaya dapatkan patung tersebut tu. Orang tu adalah capiq, aku ngan kema.
Kemudian, ada pulak sesi merayau-rayau di a'Famosa untuk mengamek gambar. Hahaha. Semua berposing-holic. Termasuklah aku. Hahahaha. Mat saleh ngan orang awam pun pandang pelik je kat kitaorang. Dowh! LOL.
Huh. Banyak betul la kenangan ngan korang. Sampai tak tertaip aku. Huhuhuhu.
Aku rasa takat ni je la post aku.
Kepada semua kawan aku yang best tak hengat iaitu Zetty, Buzz, Huda, Amar, Yati, Fira, Kema, dan Syafiq.
Tak lupa gak kepada Ainnur, Thira, Woo, ngan Idris.
Korang semua memang best! Kenangan waktu cuti ngan korang memang tak boleh dilupakan.
Lepas ni, aku harap korang akan jumpa kawan yang lagi best dari aku. Tapi, jangan le pulak korang lupakan kat aku yang macho ni. Kah kah kah. Okay tak lawak.
Yang penting, kita semua jangan lupa nak contact masing-masing.
Kita'kan kawan.
Susah, senang, happy,
Kita tetap kawan.
Aku akan rindukan korang semua. Doakan kejayaan aku kat UiTM nanti. Semoga aku berjaya mencapai cita-cita aku untuk menjadi businessman yang berjaya nanti. Aku pun akan doakan kejayaan buat korang.
Lepas ni kalau dengar lagu Yuna, Hanya untuk Allah, Unintended, Lenka, Kantoi, mesti aku akan ingat korang. Huhuhuhu.
Last words, ingat slogan kita :
KITA'KAN KAWAN!!! >Klik di sini untuk sambung membaca



