Saturday, April 18, 2009

Bila Badan Tired, Merepek pun Tiba

Aku, Yati, Zetty, Buzz ngan Huda kena kerja 2 hari yang lepas - Jumaat sampai Sabtu.

Seriusli aku rasa penat gila. Rasa penat yang amat. Rasa macam nak buat dajal. Rasa macam nak bunuh orang. Okay aku tipu. Takdelah penat sangat sampai nak bunuh orang. Hahaha. Kau gila apa?

Hari jumaat, kitaorang kena sapu sampah di atas tanah seluas 2 ekar setengah. Penat gila. Tapi secara tidak langsung dapat mengeluarkan peluh. Berat aku turun 43 gram! Hahaha. Masyuk gila. Malamnya kami meluangkan masa berkualiti sama. Eceh. Ayat nak best.

Malam tu kitaorang berbual, bual dan bual sampai pukul 2 pagi. Ataupun dalam erti kata lain, memanfaatkan masa berkualiti bersama-sama. Banyak perkara aku tau hari itu. Sambil tu, kitaorang main game kad. Sapa kalah yang lain amik tukul pastu ketuk kuku tangan orang yang kalah kuat-kuat. Tangan Buzz berdarah-darah. Okay, 3 ayat yang terakhir tu aku tipu. Hahahaha. Okay tak lawak.

Oh ye, aku terlupa. Petang tu diaorang (+ family aku) buat kejutan besday untuk aku. Makasey ye.

Esoknya, kena bangun awal, pukul 6.30 pagi. Mengantuk gila sey. Sampai tak boleh bukak mata.

Last-last, aku amik puncher pastu terus tebuk kelopak mata aku. Huh. Baru boleh nampak sikit. Mata aku melekat sampai tak boleh bukak. Darah mengalir macam air paip. Dak huda terus tadah darah tu untuk dibuat minum pada tengahari. Pastu letak ais sikit. Wah. Sedap gila. Okay yang perenggan ini aku tipu. Sila jangan percaya. Gelak pun jangan. Sebab aku rasa perenggan ini sangat mengerikan. Takot yang amat. Sampai tercabut jantung dari badan. Hahaha. Alamak! Aku tergelak. Sorry.

Waktu tengahari, aku ngan Zetty main baling-baling air. Zetty menangis sebab basah kuyup aku kerjakan. Tiba-tiba dia mengamuk dan amik batu lesung dan campak ke aku. Aku dengan gaya matrix dengan cepat mengelak. Hahaha. Perenggan ni pun aku tipu.

Pukul 2.30 petang, Yati pun drive kereta BMW X5 nye pergi membeli kuih. Bila aku tengok, rupanya dia beli choki-choki. Cis. Eceh. Perenggan ni pun aku tipu.

Tepat pukul 4.30 petang kerja pown tamat. Sangat lega. Sangat penat.

Huh. Aku dah takde mood nak menaip lagi. Sekian...

P/s : Tahukah anda, aku telah membuat 4 penipuan dalam entri ini?

2 comments:

zt said...

aik 4 penipuan je....
aku rase mcm 414 penipuan ko buat...
okay aku tipu...=p

weh mmg aku nk baling lesong batu pon kat ko waktu tu..tp slamat senjate xde...huhu

yeah berkualiti!!!...
kitakan kawan...(^__^)

buZz said...

sengal teramat!hahaha
ak cover gelak smpai tak ley thn g..
ayh ak pndg pelik jer..siot tol..

waw!!sejak bile mtr ak tukar jdik kereta BMW X5??
huhuhu..

yeay!!kite'kan kawan(",)

Post a Comment