Dear Lemak,Kau dan aku ibarat isu dan kuku. Eh kejap, kenapa pulak ni? Takde pendahaluan terus je ke isi. Tak bertatabahasa sungguh. Maafkan aku cikgu. Sila jangan tolak markah karangan saya. Sumpah saya tak buat lagi. *sambil buat muke takut, muka jadi merah, kaki tangan menggeletar*
Okay, berbalik kepada cerita.
Tadi, saya berjumpa dengan sahabat karib saya, Encik Timbang Berat. Kasihan saya tengok dia. Dah lusuh kalernya. Sangat sedih melihat keadaannya yang serba daif. Hidup segan, mati tak mau. Saya sangat sedih. Tapi apa yang saya boleh buat? Cuba cerita sikit.
Lepas tu, saya pun berdiri atas Encik Timbang Berat. Encik Timbang Berat pun menjerit kesakitan.
"ADOI! Hoi sakitlah" kata beliau.
"Alamak. Sori sori. Saya nak timbang berat kejap ni"
"Oh. Cakaplah awal-awal. Mana aku tau. Hah. Timbang le kau"
Aku pun berdiri atas beliau. Walaupun kasihan melihat beliau kesakitan namun aku tetap gagahkan hati untuk timbang berat aku.
..
84.6 Kilogram.
Sangat terkejut. Sangat tidak sangka nombor itu tertulis. Terperanjat sampai pitam. Okay, yang ni aku tipu. Takdelah sampai pitam.
Tapi kan, cuba kau bayangkan kalau aku betul-betul terpitam atas timbang tu. Family aku pun naik cemas. "Apisz, apisz, bangun nak. Janganlah buat kitaorang macam ni" Abang aku akan menangis-nangis tengok keadaan aku. Semua menangis tanpa henti. WAH. Sangat best. Nak try lah lepas ni. Eceh, kalau macam tu aku akan terus berdrama terpitam. Akan rasa sangat bahagia. Hahahahaha. Yang ni betul-betul lawak. Gelak la. Gelak la. Hurm. Okay tak lawak.
Okay sambung balik.
Dear lemak,
Telah lama kau menemani diriku. Setiap saat, dan setiap detik, kau pasti berada disampingku. Tapi kan lemak, hari ni, aku nak luahkan perasaan aku kepada kau.
Jeng, jeng, jeng! *Amik mood saspen sikit*
Aku kan. Sebanarnya dah bosan dengan kau. Hahahahaha. Eh, apasal gelak pulak ni? Aku bukannya buat lawak pun. Okay takpe. Abaikan je perenggan ni. Tapi kalau nak ulang baca 37 kali pun boleh, tak salah, takkan kene saman.
Okaylah lemak, daripada aku terus menyimpang jauh, lebih baik aku jujur kepada kau. Aku nak separuh daripada group-group kau berambus daripda diri aku.
Maaf. Aku tahu aku agak terkasar bahasa dengan kau, tapi bagi aku, kau dan group-group kau telah menjadi agak biadap terhadap aku sejak 1-2 tahun ni. Suka hati kau je ajak orang lain masuk perut aku. Terseksa zahir aku, kau tahu?
Jadi, aku nak bagi kau peluang untuk berundur diri dari tubuh aku secepat mungkin. Aku bagi kau masa 3 bulan untuk kau melenyapkan separuh daripada geng-geng kau dari tubuh aku. Boleh?
Okay. Jom kita buat kalkulasi mudah.
Aku ingat la kan. Aku nak berat aku tinggal 70 Kilogram je. Maka berat yang perlu dihapuskan :
84.6 KG - 70.0 KG = 14.6 KG.
Andaikan purata sorang daripada geng kau adalah 0.2 Kilogram, maka jumlah geng korang yang harus berambus daripada tubuh aku adalah :
Maka 14.6 / 0.2 : 423 orang. Kalau tak percaya kau boleh amek kalkulator dan kira sendiri. *Okay. Tak payah la wat betul-betul. Takde faedahnya. Buang masa. Tapi kalau boleh buang lemak, okay jugak*
Okay. Tu je aku nak cakap ngan kau. Jadi aku harap 423 daripada group korang dapat lenyapkan diri dari tubuh aku secepat mungkin. Aku bagi korang masa 3 bulan je.
Ini amaran terawal dan terakhir!
Yang amat menyayangi mu, (Pulak dah!)
APISZ
(Budak hensem yang baik)
J-123456 Jalan Semut Bertanduk 3,
Kaki lembu berkurap,
Simpang bekoh,
New Zealand.

3 comments:
hahahahahahhahaha
cbe ko g nyapu kaw. kem sesorg...
gerenti kluar sorg dr 423 org lemak tu...huhu
xpon ko xyah makan 423 hari...kluar la 423 org tu...hahahahahhahahahahha
okay x lawak...
aik??abg ko pun akn nanges ke ble ko pitam cmtue??hahahaha..
opss!lupe..nnt maser salam die da tak dpt wat yg tue............hehehehe..
okeyh!!AK TNGU 3 BULAN WAN!AK NAK BERAT KO TURUN K!!KITA'KAN KAWAN.....
Harap maklum, geng 423 telah mengganas.
Untuk maklumat lanjut klik :
http://apisz.blogspot.com/2009/05/geng-423-mengganas.html
Post a Comment